top of page

Masalah air di Kg.Tinata Nuluhon sejak 10 tahun lalu, kini selesai

Wartawan Nabalu News


20 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Masalah kekurangan sumber air yang dihadapi penduduk Kampung Tinata Nuluhon sejak lebih 10 tahun lalu kini selesai melalui pelaksanaan projek baikpulih sistem paip air graviti di kampung itu.


Projek itu yang dibiayai oleh Mah Sing Foundation melalui Hopes Malaysia, berjaya disiapkan dalam tempoh lima bulan yang dilaksanakan secara bergotong-royong.


Hadlee Panchai

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Paip Air Graviti Tinata Nuluhon Hadlee Panchai merakamkan ucapan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat menjayakan projek itu.


“Kerjasama dan komunikasi yang baik diantara pihak NGO iaitu Hopes Malaysia dengan penduduk kampung berjaya melaksanakan projek baikpulih sistem paip air graviti Tinata Nuluhon.



“Projek ini berjaya menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk kampung sejak 2010,” katanya.




Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page