top of page

MDKB Bantu Peniaga Terjejas, Pengubahsuaian Pasar Dijangka Siap Sebelum Akhir Oktober

nabalunews
3 days ago
1 min read

Oleh Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 2 Okt: Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) akan mengambil langkah bersesuaian bagi membantu peniaga sayur dan buah yang terjejas akibat bencana alam semalam.


MDKB dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerja pengubahsuaian Pasar Sayur dan Buah Kota Belud juga dijangka disiapkan lebih awal, iaitu sebelum akhir Oktober ini, berbanding tempoh pelaksanaan asal sehingga November.


Menurut kenyataan itu, kontraktor menyatakan komitmen untuk berusaha mempercepatkan penyiapan kerja berkenaan susulan bencana alam tersebut serta mengambil kira kepentingan peniaga dan orang awam.


Bagaimanapun, usaha itu tertakluk kepada keadaan cuaca, keselamatan tapak dan kelancaran kerja pembinaan.


MDKB turut menzahirkan simpati terhadap peniaga yang terjejas dan memaklumkan bahawa langkah membantu mereka akan dilaksanakan tertakluk kepada bidang kuasa serta peraturan yang ditetapkan.


Majlis itu akan terus memantau perkembangan kerja pengubahsuaian bagi memastikan kepentingan peniaga dan pengguna pasar sentiasa diberi perhatian.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page