top of page

Mercun Dan Bunga Api Bernilai RM756,600 Dirampas

  • nabalunews
  • Mar 27
  • 1 min read


27 Mac 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM756,600 dalam serbuan di Jalan Penampang-Papar, Penampang, semalam.


Dalam operasi berkenaan, serbuan dijalankan hasil intipan dan risikan terhadap premis berkenaan yang didapati melakukan aktiviti penyimpanan mercun dan bunga api tanpa lesen kebenaran yang sah.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, tujuan penyimpanan bahan letupan berkenaan dipercayai untuk diedarkan dan dijual ke pasaran sekitar Penampang dan Kota Kinabalu.



Katanya, dalam serbuan berkenaan, pasukan operasi turut menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 50 tahun.


“Hasil pemeriksaan menemukan longgokan kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam stor dan suspek juga gagal mengemukakan sebarang lesen penyimpanan dan menjual mercun yang sah.


“Pasukan operasi terus menahan suspek dan merampas sebuah lori serta barang-barang iaitu pelbagai jenis mercun dan bunga api untuk tindakan lanjut,” katanya dalam ketika dihubungi, semalam.



Menurutnya, kedua-dua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan dan siasatan lanjut.


Katanya, jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 831,600 termasuk lori yang dirampas.


“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page