MINDET anjur Kursus Pemprosesan Makanan, tingkat kapasiti PMKS di Kota Belud

Oleh Romie Stanley DGuns
2 Oktober 2026
KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) menganjurkan kursus pemprosesan makanan bagi meningkatkan kemahiran dan daya saing usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di daerah ini.
Kursus di bawah Program Peningkatan Kapasiti PMKS itu memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan latihan semula dalam pembuatan aneka kek lapis kukus.
Program selama tiga hari, dari 28 hingga 30 September lalu, berlangsung di Mini Dewan Skyblue, Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, di sini.
Timbalan Setiausaha Tetap II MINDET, Moira David, berharap para peserta dapat memanfaatkan kemahiran yang dipelajari untuk menjana pendapatan sampingan atau memulakan perniagaan.
Menurutnya, MINDET memberi tumpuan kepada usaha mempertingkat keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta melahirkan lebih ramai usahawan Sabah yang berkualiti, berdaya maju, berfikiran global dan kompetitif.
“Usaha itu turut merangkumi pengukuhan keupayaan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), penyediaan bantuan yang fleksibel dan bersifat pemudah cara serta peningkatan kualiti produk mereka.

“Selain kemahiran teknikal penyediaan dan pembuatan makanan, peserta turut didedahkan kepada asas pengiraan kos bahan mentah dan pengeluaran, keusahawanan serta pemasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian penutupan kursus itu.
Kursus itu bertujuan menggalakkan penghasilan produk bernilai tambah yang berpotensi dikomersialkan, sekali gus memperkukuh kapasiti PMKS dalam bidang pemprosesan makanan.















It is encouraging that the course covered cost calculation and marketing alongside the technical baking skills, since many small food producers struggle more with pricing and reaching buyers than with the recipe itself. I wonder, though, how participants will sustain that momentum after the three days end. Is there any follow-up mentoring or a way for them to test their products in a real market, so the training translates into steady income rather than just a certificate?
Related resource: https://animebreaker.org/