top of page

Mohon Bantu Kesan Remaja Hilang

  • nabalunews
  • 18 hours ago
  • 1 min read


11 Mei 2025


KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang, semalam.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan IPD Kota Kinabalu, remaja terbabit Dessy Danis dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Keliangau, Manggatal, semalam.


Berdasarkan maklumat diterima, remaja terbabit dilaporkan keluar rumah dan sempat meminjam telefon jiran untuk menghubungi seseorang.


“Remaja perempuan itu kemudiannya meminta dihantar ke tepi jalan berhampiran Klinik Manggatal, dengan alasan ingin berjumpa bapa saudaranya.


“Sejak itu, Dessy tidak pulang dan tidak membawa sebarang telefon bimbit. Ahli keluarga kini risau kerana tiada cara untuk menghubunginya,”katanya.


Difahamkan, ahli keluarga yang menyedari kehilangan mangsa terus membuat satu laporan polis dibuat hari yang sama untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa.


Ciri-ciri fizikal iaitu susuk tubuh berisi, warna kulit kuning langsat, warna mata hitam, bulu kening tebal, warna rambut hitam paras dada dan bentuk bibir nipis


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi terus kepada pegawai penyiasat iaitu Sarjan Norish Razemab Mohamad Yusoff di talian 019-8499062 atau boleh menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page