top of page
nabalunews

MOTAC rancang promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui 3P

6 November 2024


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk memanfaatkan sepenuhnya platform kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun depan sebagai peluang strategik mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) ke peringkat lebih luas.


Inisiatif ini akan membantu meningkatkan keterlihatan Malaysia di kalangan negara anggota ASEAN.


Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, menyatakan bahawa usaha kempen akan terus dipergiatkan melalui pendekatan 3P iaitu publisiti, promosi, dan pemasaran.


“Malaysia selaku tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN akan menggunakan peluang keemasan ini untuk mempromosikan Malaysia dalam kalangan negara anggota bagi menarik lebih ramai pelancong dari wilayah ASEAN menjelang tahun 2026,” katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat.


Dalam pada itu, MOTAC turut menetapkan sasaran untuk ketibaan pelancong asing bagi TMM 2026 sebanyak 35.6 juta orang, dengan anggaran pendapatan pelancongan sekitar RM1.47 bilion.


Bagi pelancongan domestik pula, sasaran adalah 20.2 juta pelancong dengan perbelanjaan mencecah RM110 bilion.

Comments


bottom of page