top of page

Musibah Kebakaran: 2 Kelab Dart Hulur Sumbangan Kepada Mangsa

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


27 Februari 2026


KOTA BELUD: Kelab Dart D'Lontupak Kota Belud (D'LDC) dan Mantaranau Dart Team telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud, Rabu lalu.


Lawatan yang diadakan pada 25 Februari 2026 itu merupakan inisiatif ahli kelab bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal susulan kebakaran yang memusnahkan 11 buah rumah dan menjejaskan tiga lagi unit pada 21 Februari lalu.


Presiden D'LDC, Alexius Sagun, berkata sumbangan yang disampaikan adalah hasil kutipan ahli kelab yang dikumpul secara spontan selepas mengetahui kejadian tersebut.


"Walaupun tidak seberapa, ia lahir daripada hati yang tulus untuk meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang diuji. Kami percaya bahawa setiap sumbangan, walau kecil nilainya, mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan," katanya.


Antara barangan keperluan yang diserahkan termasuk selimut, pakaian dewasa dan kanak-kanak, air mineral, beras serta bantuan kewangan.


Alexius turut menzahirkan harapan agar semangat kebersamaan dan keprihatinan terus subur dalam kalangan masyarakat.


"Sedikit daripada kita, mungkin besar maknanya buat mereka. Bersama kita kuat, bersama kita membantu," ujarnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page