top of page

'Mutiara Kadamaian' Jadi Fokus Mesyuarat PDM Tengkurus

  • nabalunews
  • Apr 3
  • 2 min read


3 April 2025


KOTA BELUD: Mutiara Kadamaian menjadi tumpuan utama dalam Mesyuarat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tengkurus yang berlangsung pada 30 Mac 2025 di kediaman Ketua PDM Tengkurus bagi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Minsir Lambang.


Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan strategi memperkukuh sokongan kepada Presiden UPKO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17).


Ketua PDM menekankan kepentingan usaha berterusan dalam memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai pelbagai projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Ewon di kawasan mereka.



Ahli Jawatankuasa UPKO Kota Belud, Badon Golonoh, mengumpamakan Ewon sebagai "mutiara di Kadamaian", mencerminkan sumbangan besar beliau terhadap pembangunan kawasan tersebut.


Beliau menegaskan bahawa tidak pernah dalam sejarah politik Kadamaian seorang pemimpin membawa perubahan sehebat yang dilakukan oleh Ewon.


Oleh itu, Badon menyeru agar pemimpin komuniti dan ketua-ketua cawangan UPKO terus menyalurkan maklumat ini kepada rakyat bagi memperkuatkan sokongan terhadap UPKO.


Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan UPKO Bahagian Kota Belud, Carlye Lajimin, serta Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran.


Kedua-dua pemimpin ini turut memberikan taklimat khas kepada ketua-ketua cawangan berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka dalam menghadapi PRN-17. Pelbagai cadangan dan pandangan daripada ketua-ketua cawangan turut dikumpulkan dan diperjelaskan bagi memastikan kesiapsiagaan UPKO dalam pilihan raya akan datang.


Antara pemimpin cawangan yang hadir dalam mesyuarat ini termasuk Ketua Cawangan Kampung Lahanas Suba, Kudua Derisoh, Ketua Cawangan Kampung Lahas Sokid, Kuin Sani, Ketua Cawangan Kampung Gendukut, Lumisah Limban, serta Ketua Penaja Cawangan Kampung Penampatan, Pelazim Kadi. Selain itu, Ketua PDM Pemuda Tengkurus, Albon Lumisah, serta Ahli Jawatankuasa Wanita UPKO Bahagian, Kuliot Kelo, turut hadir dalam mesyuarat tersebut.


Mesyuarat ini menunjukkan kesungguhan UPKO dalam mengukuhkan pengaruh mereka di Kadamaian, sekaligus memastikan kesinambungan kepimpinan yang berkesan untuk manfaat rakyat. Dengan persiapan yang rapi dan komitmen padu daripada semua pihak, UPKO yakin dapat mengekalkan sokongan padu daripada rakyat menjelang PRN-17.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page