top of page

Naib Canselor UMS Ingatkan Kakitangan dan Pelajar Berhati-Hati Semasa Pulang Beraya di Kampung

  • nabalunews
  • Mar 20
  • 1 min read

20 Mac 2026


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini mengeluarkan peringatan mesra kepada seluruh warga universiti, termasuk kakitangan akademik, pentadbiran, dan para pelajar, agar mengutamakan keselamatan di jalan raya sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.


Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Haji Mansor, menzahirkan keprihatinan beliau terhadap keselamatan warga universiti yang akan menempuh perjalanan jauh untuk pulang berhari raya di kampung halaman.


Beliau menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah proaktif dalam merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan keletihan melampau semasa memandu.


“Kepada warga UMS yang pulang ke kampung bersama keluarga tercinta, saya ingin ingatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mengutamakan keselamatan.


“Pastikan perjalanan dirancang dengan baik, kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas,” pesan beliau.


Profesor Datuk Dr Kasim turut menyampaikan pesanan bahawa kepatuhan terhadap peraturan lalu lintas dan penyelenggaraan kenderaan yang baik adalah kunci kepada perjalanan yang selamat.


“Keselamatan diri hendaklah menjadi keutamaan kita agar semua dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.


“Pihak pengurusan UMS mendoakan agar seluruh warga universiti diberikan kelancaran dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik, serta diharap dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang harmoni, meriah, dan selamat,” ujar beliau

 
 
 

1 Comment


Sơn Bùi Hồng
Sơn Bùi Hồng
Mar 28

I see that the piece maintains logical consistency all the way through. Claims are consistently backed by relevant evidence. The website offers more detailed explanations on the subject. Engagement flows are contextualized by interactive online infrastructures.

Jackpot Jill

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page