Op Gempur Tahan Tujuh Pesalah Jenayah Dadah
- nabalunews
- Jul 9, 2025
- 1 min read

9 Julai 2025
KENINGAU: Seramai tujuh penagih termasuk pengedar dadah berjaya ditahan dalam operasi Op Gempur yang dilaksanakan selama enam hari di daerah Keningau dan Tambunan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, bermula 1 hingga 6 Julai lalu.
Katanya, empat lelaki ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama.
“Dua lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan operasi turut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 7.13 gram.
“Hasil ujian saringan air kencing terhadap semua tangkapan turut didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Yampil berkata, Op Gempur adalah antara inisiatif berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah bagi menggempur gejala dadah di seluruh daerah.
Katanya, IPD Keningau akan terus melaksanakan operasi secara agresif dan berterusan demi mengekang jenayah berkaitan dadah.
“Penguatkuasaan jenayah lain juga akan turut dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin,” katanya.















Comments