top of page

Operasi JIM di Sandakan & Keningau: 7 Warga Asing Ditahan

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


27 Februari 2026


SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan tujuh warga asing dalam serbuan bersiri Op Pemeriksaan dan Penguatkuasaan di sekitar daerah Sandakan dan Keningau pada 24 dan 25 Februari 2026 yang lalu.


Dalam operasi tersebut, seramai 149 individu telah diperiksa, terdiri daripada 91 warga Malaysia, 39 warga Filipina, 17 warga Indonesia dan dua warga Pakistan.


Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menahan tujuh individu yang disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63, membabitkan empat warga Filipina, seorang warga Indonesia dan dua warga Pakistan. Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Majikan atau pengurus premis yang diperiksa turut diberi peringatan tegas agar tidak menggaji atau melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah. Setiap lokasi yang menjalani pemeriksaan juga telah ditampal Pelet Notis Naziran Premis (NNP) sebagai tanda pemeriksaan telah dilaksanakan.

JIM Sabah menegaskan bahawa sepanjang bulan Ramadan ini, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di Bazar Ramadan dan lokasi tumpuan lain di seluruh negara.


Pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan perniagaan haram yang dijalankan warga asing mahupun tindakan individu atau majikan yang melindungi PATI.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page