Ops Sapu di Tiga Daerah: 26 Warga Asing Ditahan JIM Sabah
- nabalunews
- 44 minutes ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
5 Mac 2026
KOTA KINABALU: Seramai 26 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan dalam satu siri operasi penguatkuasaan bersepadu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sipitang, hari ini.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 25 warga Filipina (15 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan), dua lelaki dewasa warga Indonesia, serta dua lelaki dewasa warga Pakistan.
Kesemua individu berkenaan diperiksa dalam Ops Sapu, Ops Mahir dan Ops Belanja yang menyasarkan pelanggaran undang-undang imigresen.

Menurut kenyataan rasmi JIM Sabah, tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal lebih masa.

Kesemua tahanan telah dihantar ke Depot Imigresen untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

JIM Sabah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten tanpa kompromi bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara.











