Orang ramai diingat terus patuhi SOP Covid
- Marryan Razan

- Oct 4, 2021
- 1 min read

4 Oktober 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun laporan kes harian Covid-19 di Sabah terus menunjukkan penurunan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana faktor utama kepada naik atau turunnya graf jangkitan kes baharu adalah sikap masyarakat sendiri.
“Pematuhan secara total kepada semua SOP dan amalan baik penjagaan kesihatan diri adalah kunci utama kepada kekebalan kita daripada jangkitan virus Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, berdasarkan statistik pengkategorian kes-kes jangkitan Covid-19 pada hari ini, 87.74 peratus daripada kes jangkitan adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
“Manakala hanya enam kes Kategori 3, empat kes Kategori 4 dan empat kes Kategori 5. Lazimnya, pesakit-pesakit kategori 1 dan Kategori 2 tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya.















Comments