top of page

Orang ramai dipelawa memeriahkan Festival Rumpun Bajau Sama Sabah 2025 Khamis ini

  • nabalunews
  • Aug 4, 2025
  • 1 min read

4 Ogos 2025


KOTA KINABALU:  Orang ramai dipelawa hadir dan memeriahkan Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah 2025 selama empat hari mulai Khamis ini. 


Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana festival Datuk Kassim Razali berkata Festival kebudayaan tersebut akan dirasmikan oleh yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada jam 9.30 pagi Ahad.


"Saya berharap dan mengalu-alukan seluruh masyarakat Sabah dapat hadir bersama memeriahkan lagi Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah 2025 dan mengenali budaya adat resam budaya yang menjadi kebanggaan bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga Malaysia amnya," ujar beliau.


Kassim yang juga Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah menjelaskan, festival tersebut merupakan platform yang dapat mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini.


"Pelbagai aktiviti yang telah disusun dalam festival ini agar dapat membuka ruang kepada rakyat untuk saling mengenali dan menghormati budaya yang ada.


"Festival ini diadakan adalah sebagai platform yang dapat mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini sepertimana yang kita tahu Sabah mempunyai pelbagai kaum dan etnik.


"Selain daripada itu, ianya memberi peluang kepada kita semua untuk melihat keindahan sesuatu budaya lain dan memahami nilai toleransi saling memahami dan bersatu padu melalui warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita," katanya beliau semasa sesi temu bual bersama Kupi-Kupi FM, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page