top of page

Parkir Jalan Tun Fuad Stephens ditutup sementara sempena Sabah Durian Tourism Bazaar

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

10 Disember 2025


KOTA KINABALU: Tempat letak kereta di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada penganjuran Sabah Durian Tourism Bazaar 2025 bermula 12 hingga 14 Disember ini.


Dalam notis makluman hari ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata penutupan itu melibatkan kawasan parkir di hadapan Segama Waterfront serta parkir dari hadapan kedai D’King hingga ke tandas awam.


”Penutupan bermula pada 12 Disember (Jumaat), 1 pagi dan dibuka semula pada 14 Disember (Ahad), 10 malam, bagi memastikan kelancaran persiapan dan perjalanan acara tersebut.


“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa bertugas dan menggunakan laluan alternatif bagi tujuan kelancaran trafik serta keselamatan semua pihak,” menurut notis itu.


Sabah Durian Tourism Bazaar 2025 dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, dengan tawaran produk agro-pelancongan berkualiti serta aktiviti interaktif yang dirancang bagi memperkayakan pengalaman pengunjung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page