top of page

PBAKK 2025 Tingkat Peranan Kota Kinabalu Sebagai Pusat Ilmu Serantau

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

ree

25 November 2025


KOTA KINABALU: Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2025 (PBAKK 2025) di Sabah International Convention Centre (SICC) baru-baru ini berupaya memperkukuh peranan Kota Kinabalu sebagai pusat ilmu, budaya dan kreativiti serantau.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, penganjuran pesta buku tersebut merupakan yang terbesar di Borneo dan rantau Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

“Selain menggalakkan budaya membaca, PBAKK 2025 memberi ruang kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai pilihan buku, serta memberikan peluang kepada pembaca dan penulis untuk berinteraksi, memperkaya pengalaman pembacaan dan pengembangan pengetahuan.

ree

“Usaha ini turut membantu memacu pembangunan industri buku dan ekonomi kreatif,” katanya ketika berucap sempena penutupan majlis tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pembangunan), Datuk Dr. Ahemad Sade, yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.

Tambah beliau, penganjuran PBAKK 2025 turut memperlihatkan semangat kerjasama yang utuh antara UMS melalui Penerbit UMS bersama Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bertemakan “Books Meet Culture”, pameran berskala besar itu melibatkan penyertaan 90 reruai yang disertai oleh pempamer tempatan dan antarabangsa dari sektor kerajaan dan swasta, serta turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bicara buku diskusi ilmiah, bengkel, aktiviti untuk kanak-kanak, aktiviti STEM, persembahan kebudayaan dan aktiviti untuk para pelajar sekolah.

ree

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Hassan Mahali; Pengarah Penerbit UMS, Prof. Dr. Patricia Matanjun; Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching Yaw; Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tuan Haji Farid Othman; dan Pengarah DBP Cawangan Sabah, Jennitah Noordin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page