top of page

PD Penampang Rampas Dadah RM3,000, Wanita 38 Tahun Ditahan

  • nabalunews
  • May 6
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


6 Mei 2026


PENAMPANG: Seorang wanita tempatan berusia 38 tahun ditahan polis semalam di daerah ini selepas dipercayai memiliki dadah bernilai RM3,000, di samping didapati positif menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.


Suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam satu operasi semalam.


Hasil pemeriksaan menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih seberat 21.20 gram yang disyaki Methamphetamine (syabu).


Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali jika sabit kesalahan. Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama (penggunaan dadah) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.


Ujian saringan air kencing mengesahkan suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine.


Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau penyalahgunaan dadah supaya melaporkan segera ke balai polis berhampiran.

 
 
 

3 Comments


Hyma
Hyma
4 days ago

subir resolución de imagen se ha vuelto mucho más eficiente con herramientas modernas 📸 Me gusta cómo las fotos pueden recuperar claridad y detalle tan fácilmente.


Like

Harry Potter
Harry Potter
May 12

Overall, this kind of coordination between deixar foto 4k event organizers and traffic authorities plays a key role in ensuring both the success of the celebration and minimal disruption to the public.

Like

Sarah Williams
Sarah Williams
May 12

It is good to see that such cultural events are being celebrated on a large scale, as they help promote unity, tourism, and awareness descarga de videos sin marca de agua of local traditions. At the same time, balancing event activities with public convenience is always important, especially in busy urban areas where road access is essential for everyday life.


Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page