PDRM Mohon Bantuan Kesan Waris Mangsa Maut Kemalangan Jalan Tuaran

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA KINABALU, 6 Okt. — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Dah Yeh Villa, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Saiful Hisham, 37 tahun, dengan alamat terakhir di Taman Muhibah, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam kejadian sekitar 1.00 pagi, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Karamunsing menuju Inanam dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 2.31 pagi.
Sehubungan itu, mana-mana individu yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan warisnya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pihak polis menghubungi waris mangsa.















Comments