Pejabat Daerah,JPKAS Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Kadamaian
- nabalunews
- Feb 25
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
25 Februari 2026
KOTA BELUD: Seramai 16 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Melangkap Kapa, Sabtu lalu, menerima bantuan kebajikan dalam satu majlis penyerahan rasmi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Kampung Melangkap Tiong, semalam.
Bantuan tersebut diserahkan secara simbolik oleh Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton, yang mewakili Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) dan Pejabat Daerah Kota Belud. Kehadiran wakil kerajaan daerah ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa yang sedang ditempatkan di PPS.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Kebajikan Daerah, Hanisah @ Haniah Liman; Pegawai Pembangunan Daerah, Winnie Anggon; serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat bagi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Ukoh @ Jeremy Malajad. Kehadiran mereka melambangkan komitmen padu agensi kerajaan dalam memastikan kelancaran bantuan pasca-bencana.

Dalam pada itu, aspek keselamatan dan ketenteraman awam turut diberikan perhatian dengan kehadiran Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Kota Belud, Hendrikus Pati Kopong, dan Penyelia Cawangan Khas Daerah Kota Belud, Flora Dukung. Pihak berkuasa sentiasa memantau keadaan di kawasan PPS bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin sepanjang tempoh pemindahan.















Comments