Pejuang tidak bertanding PRN Sabah ke-17 - SPR
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

16 November 2025
KOTA KINABALU: Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan ralat malam tadi memaklumkan jumlah calon bertanding mewakili Parti Perjuangan Rakyat (PR) pada PRN ke-17 adalah seramai enam orang dan bukannya lima.
Semalam, Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan seorang calon Pejuang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan iaitu Lasius Miki.
Pejuang kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bertanding pada PRN itu dan menggesa SPR agar membetulkan kesilapan tersebut.
Lasius kini disenaraikan sebagai calon Parti Perjuangan Rakyat di Kapayan, yang akan menyaksikan pertembungan 13 penjuru.














