top of page

PEKADIN SYOR ELAUN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN DISERAGAMKAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 20, 2020
  • 1 min read

20 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mengesyorkan agar kerajaan Persekutuan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah (EPW) penjawat awam termasuk guru di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Naib presidennya Simon Molubi, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Pekadin berpendapat kajian semula itu perlu dilakukan memandangkan terdapat perbezaan EPW yang ketara yang dinikmati penjawat awam di ketiga-tiga wilayah tersebut.

Beliau berkata penyeragaman itu juga selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengiktiraf status wilayah Sabah dan Sarawak setara dengan Semenanjung Malaysia.

Mengikut laporan media sebelum ini, statistik EPW menunjukkan guru dengan Gred G44 dari Semenanjung Malaysia menerima elaun antara RM730 sehingga RM830.

Manakala guru gred yang sama daripada Sabah dan Sarawak hanya menerima elaun RM200 hingga RM550.

Pekadin berpendapat, selepas sekian lama, sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula perkara itu untuk tujuan penambahbaikan EPW.

Oleh itu, Simon berharap Bajet 2021 yang bakal dibentangkan di Parlimen awal bulan depan akan mengambil kira isu penyeragaman EPW penjawat awam di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia demi kebaikan semua pihak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page