top of page

PELAJAR FSSA TERAJU BAHARU MPP UMS SESI 2020/2021

  • nabalunews
  • Dec 22, 2020
  • 1 min read

22 DIS 2020


KOTA KINABALU: Pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Razman Durhan diangkat sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS bagi sesi 2020/2021.


Razman dipilih melalui satu Mesyuarat Pembentukan Kabinet MPP yang dipengerusikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.


Pelajar tahun tiga program Matematik dan Ekonomi itu terpilih selepas mendapat undian sebanyak 5,228 pada Pilihan Raya Kampus yang berlangsung Jumaat lalu.


Turut terpilih mengisi beberapa jawatan dalam MPP ialah Mohd Norraihan Ronne, Timbalan Presiden, Tan Mei Jun, Setiausaha, dan Nur'Ain Mardhiyah Harun, Bendahari.


Baki kabinet MPP selebihnya bakal dimaklumkan oleh pihak MPP dalam masa terdekat.


Raman dalam pada itu memuji usaha Jawatankuasa PRK UMS yang bekerja keras dalam memastikan perjalanan PRK 2020, bermula dari hari penamaan calon, sesi rapat umum PRK, sehingga ke hari pengundian.


“PRK kali ini mencatatkan peratusan tertinggi mengundi iaitu sebanyak 81.05% pelajar menunaikan tanggungjawab membuat pengundian secara dalam talian.


“Pencapaian ini semestinya hadir menerusi daya kepimpinan dan kerja keras semua ahli Jawatankuasa PRK,” katanya


Beliau turut menyeru ahli MPP yang terpilih agar terus melaksanakan agenda kebajikan dan pemerkasaan siswa dengan penuh tekun dan berdedikasi.


PRK pada kali ini diadakan secara atas talian bagi memilih calon pelajar mengisi 10 kerusi umum yang melibatkan tujuh kerusi kampus induk, dua kerusi UMS Kampus Antarabangsa Labuan, dan 1 kerusi UMS Kampus Sandakan, serta 22 kerusi fakulti.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page