Pelari Malaysia mendominasi Kadamaian Adventure Race (KAR) 2024

30 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Kadamaian Adventure Race (KAR) 2024 yang berlangsung di Kadamaian, Kota Belud menyaksikan pelari Malaysia mendominasi hampir keseluruhan kategori yang dipertandingkan iaitu Men Open, Men Veteran, Women Open dan Women Veteran untuk perlumbaan jarak 110 kilometer (km), 60 km, 35 km dan 12 km dengan hanya dua kategori dimenangi peserta luar negara.
Dalam kategori 110 km, Milton Amat dari Malaysia mengungguli Men Open dengan catatan masa 16:46:00 manakala Men Veteran dimenangi oleh Gustin Tiam dari Malaysia dengan catatan masa 17:51:00.
Bagi Kategori Women Open pula dijuarai oleh Rejlen James dari Malaysia dengan catatan masa 20:30:32 dan Women Veteran dimenangi Emily Andrew dari Malaysia dengan catatan masa 28:03:06.
Bagi kategori 60 km, Wilden Singgin dari Malaysia muncul juara Men Open dengan catatan masa 07:05:46.
Peserta Brunei Mohd. Baharuddin Ahmad memenangi Men Veteran dengan catatan masa 10:15:24.
Pemenang Women Open bagi kategori ini ialah Shamiera Auther dari Malaysia dengan masa 09:12:37, manakala Stlea Julia Thomas dari Malaysia muncul juara Women Veteran dengan masa 12:17:43.
Kategori 35 km pula menyaksikan kemenangan David Simpat dari Malaysia bagi Men Open dengan mencatat masa 03:05:48.
Shamsuleffendy Sulaiman dari Brunei memenangi Men Veteran dengan masa 03:35:53.
Women Open bagi kategori ini dimenangi oleh Sofia Raidin dari Malaysia dengan masa 04:28:59
Yeok Hun Boh dari Malaysia menjuarai Women Veteran dengan mencatat masa 05:37:47.
Untuk kategori 12 km pula, gelaran juara Men Open diraih oleh Edwin Tham dari Malaysia dengan catatan masa 01:18:23.
Setibin Kalaward dari Malaysia tiada tandingan bagi Men Veteran dengan masa 01:17:53, Ellystrina Jr dari Malaysia pertama melepasi garisan penamat bagi Women Open dengan masa 01:43:54, dan Kona Liau dari Malaysia sukar ditandingi peserta lain bagi acara Women Veteran dengan masa 02:11:26.
Majlis penutupan KAR 2024 berlangsung di Padang Kampung Tambatuon dan disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis, yang mmewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick pada Sabtu lalu.
Majlis penutupan ini menyaksikan penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Selain itu, Saikom juga menyerahkan mock-cheque bernilai RM20,000 kepada Pengerusi KAR, Javadius Bollah, sebagai simbolik penghargaan dan sokongan kepada program ini.
Penganjuran KAR 2024 berjalan lancar dengan sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat, sekaligus memeriahkan suasana dan memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus berusaha mencapai kejayaan lebih gemilang dalam bidang sukan lasak ini.
Comments