Pemaju Mukim Pinol Timun Sampaikan Sumbangan Bina Rumah untuk OKU di Kg. Sayap
- nabalunews
- Apr 30
- 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News : Kidd
30 April 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim Pinol Timun dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan bagi membantu pembinaan tempat tinggal seorang penduduk Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal di Kampung Sayap.
Sumbangan tersebut disampaikan sebagai usaha berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat khususnya golongan memerlukan sentiasa diberi perhatian.
Sumbangan berkenaan mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang dihadapi oleh penerima, Latimah Binti Mihoi. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban serta memberi keselesaan kepada beliau untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik.
Majlis penyerahan sumbangan turut disaksikan oleh wakil penerima iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sayap, Amilda Taising. Beliau menyampaikan penghargaan kepada pihak Pusat Khidmat ADUN Kadamaian atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada penduduk kampung.
Inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen pihak pemimpin setempat dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat luar bandar, khususnya dalam membantu golongan rentan agar tidak terpinggir daripada arus pembangunan.
Usaha murni ini juga diharap dapat menjadi contoh kepada pihak lain untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.















Comments