top of page

Pemandu Maut Dua Cedera, Kereta Terbalik Dalam Parit

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

27 Mac 2026


PAPAR: Seorang pemandu warga emas maut manakala isteri dan anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di dalam parit di Kampung Langsat, Jalan Bukit Manggis, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.


Manakala isterinya yang berusia 63 tahun serta anak lelakinya, 41, dilaporkan terselamat walaupun turut mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan behubung kejadian berkenaan pada jam 5.21 pagi.


Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 14 kilometer dari BBP Papar.


“Setibanya di lokasi, kemalangan melibatkan tiga mangsa menaiki Proton Iswara yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terbalik ke dalam parit.


“Pasukan bomba terus bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum memberikan rawatan awal kepada mangsa ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua lagi mangsa cedera dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut


“Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.21 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page