top of page

Pemandu Terselamat Kereta Terperosok Bawah Pacuan Empat Roda

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

17 Ogos 2025


PAPAR: Seorang pemandu Perodua Bezza berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terperosok dibawah pacuan empat roda dalam kejadian kemalangan melibatkan lima kenderaan, petang tadi.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang di Jalan Pan Borneo berhampiran Kampung Kawang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang.

ree

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer dari BBP Papar untuk membantu.


“Setibanya di lokasi, kemalangan didapati melibatkan kima kenderaan iaitu sebuah lori treler, tiga kenderaan Mitsubishi Triton dan sebuah Perodua Bezza.


“Pemandu kenderaan Perodua Bezza mengalami kecederaan manakala pemandu lain terlibat dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, mangsa yang cedera diberi pemeriksaan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


Bagaimanapun katanya, mangsa enggan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page