top of page

Pemasangan lampu jalan solar LED Merotai bukti bukan janji politik – Liew

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

ree

27 Ogos 2025


TAWAU: Pelaksanaan pemasangan lampu jalan solar LED dari persimpangan Jambatan Putih hingga ke Kampung Sungai Udin, Merotai membuktikan ia bukan sekadar janji politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, ketika ini tiang serta peralatan lampu jalan solar LED sudah berada di tapak projek sekali gus hanya menantikan arahan kerja dikeluarkan oleh agensi pelaksana.


Beliau berkata, projek yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Februari lalu amat dinantikan kerana laluan berkenaan sering menjadi lokasi kemalangan maut, khususnya pada waktu malam.


“Rakyat perlu bersabar sedikit, projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Sebelum ini, kawasan ini banyak terjadi kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal dan kenderaan lain, terutama di kawasan persimpangan Jambatan Putih hingga ke Kampung Sungai Udin.


“Pelaksanaan projek ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sekadar menabur janji, tetapi memastikan kepentingan rakyat diutamakan,” katanya di sini, hari ini.


Liew, yang juga Naib Presiden GRS berkata, setiap projek kerajaan memerlukan masa untuk dilaksanakan, namun pihaknya bersama agensi terlibat termasuk Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) komited melaksanakannya segera.


“Sebagai contoh, peralatan pemasangan lampu jalan solar LED kini sudah berada di tapak pembinaan bagi membolehkan kerja-kerja bermula dalam tempoh terdekat,” jelasnya.


Menurut beliau, pemasangan lampu solar itu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.


“Lampu solar ini merupakan hadiah bermakna kepada penduduk Merotai kerana ia penting bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya pada waktu malam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page