top of page

Pembantu Menteri, Setiausaha Politik Sabah lafaz Ikrar Bebas Rasuah

  • nabalunews
  • 59 minutes ago
  • 1 min read

26 Februari 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, di sini, hari ini.


Majlis itu dimulakan dengan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik melafazkan IBR sebagai tanda komitmen memperkukuh integriti serta tadbir urus beramanah dalam pentadbiran negeri.


Selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh semua yang terlibat, majlis diteruskan dengan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim masing-masing mewakili Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik menyerahkan dokumen IBR kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

Mohd Fuad yang menyaksikan majlis itu, turut memberi taklimat khas yang memberi penekanan kepada usaha pencegahan rasuah serta pemantapan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.


Turut hadir Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Dayang Noorashikhin Zulkefli dan Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri,Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) SPRM, Awang Samsul Baharam Bungso.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page