top of page

Pemberian Khas Sabah: AGC akan teliti alasan penghakiman

  • nabalunews
  • 20m
  • 1 min read

ree

8 November 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah menerima alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung tuntutan Pemberian Khas Negeri Sabah bagi tahun 1974 hingga 2021.


AGC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan meneliti alasan penghakiman tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.


"Jabatan ini akan meneliti secara mendalam alasan penghakiman serta mempertimbangkan semua aspek perundangan yang berkaitan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu semalam.


Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.


Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula hasil bersama Kerajaan Negeri di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi menegakkan semula hak 40 peratus hasil Sabah bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021.


Hakim Datuk Celestina Stuel Galid dalam keputusannya turut mengarahkan supaya kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri mencapai persetujuan bersama dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah itu.


Kes tersebut dimulakan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) pada Jun 2022, apabila badan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar kegagalan kerajaan Persekutuan menegakkan hak hasil Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page