Ilona Andrew
Pembikinan jalan alternatif Penampang-Tambunan mungkin ambil masa tiga minggu
20 Sept 2021
Oleh Ilona Andrew
PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jeffrey Kitingan memohon agar pengguna jalanraya Jalan Penampang-Tambunan yang terputus akibat tanah runtuh baru-baru ini agar bersabar kerana pembikinan jalan alternatif mungkin akan mengambil masa tiga minggu.
Ini didedahkan semasa lawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jeffrey Kitingan ke tapak jalan putus yang berdekatan Air Terjun Masakob itu.
Jeffrey ditemani Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tambunan Ir Calvin Justin, dan Renjer Hutan Harry Michael.
Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memohon kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sabah untuk membenarkan pembukaan jalan alternatif untuk pengguna kenderaan.di bawah rizab perhutanan.
Pada Ahad lalu, laluan sepanjang 30 meter di kawasan itu runtuh dipercayai akibat hujan lebat dan terlalu merbahaya untuk para pemandu.
Setakat ini, pemandu hanya boleh menggunakan laluan melalui Jalan Kimanis ke Keningau.
Comentarios