top of page

Pemilihan Pengerusi JKKK Kampung Mengkulat Sesi 2026–2030 Berlangsung Lancar

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

11 Februari 2026


KOTA BELUD: Proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mengkulat, N11 Kadamaian bagi sesi 2026–2030, telah berlangsung dengan lancar pada 11 Februari 2026 di Pondok Tani, Kampung Mengkulat.


Pemilihan tersebut dikendalikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin, bersama Pemaju Mukim Risin Sikin dan Pinol Timun, serta dibantu staf Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Cholyne Roy Jumin @ Jimmy dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).


Seramai 120 pengundi hadir menunaikan tanggungjawab dalam proses demokrasi peringkat kampung itu. Tiga calon bertanding iaitu Justina Bakod (Calon No.1) yang memperoleh 29 undi, Jemson Sati (Calon No.2) dengan 54 undi, dan Pindah Periah (Calon No.3) yang menerima 37 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan Jemson Sati dipilih sebagai Pengerusi JKKK Kampung Mengkulat yang baharu selepas memperoleh majoriti undi tertinggi.


Pemilihan ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan penduduk kampung dalam menentukan kepimpinan yang diyakini mampu memacu pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.


Dalam kenyataannya, Jemson bertekad untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Kampung Mengkulat sepanjang tempoh perkhidmatan sesi 2026 hingga 2030.

Beliau turut menyeru semua pihak agar terus bekerjasama bagi memperkukuh perpaduan dan memajukan kampung secara berterusan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page