top of page

Pemuda Gagasan Rakyat tolak penyertaan BN dalam Kerajaan Sabah

  • nabalunews
  • Dec 1
  • 2 min read

ree

1 Disember 2025


KOTA KINABALU: Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyatakan pendirian tegas mereka menolak sebarang gesaan dengan Barisan Nasional (BN) yang ingin menyertai Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor.


Pemuda Gagasan Rakyat menerusi kenyataan hari ni berkata, kerajaan GRS Plus telah pun melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri dengan komposisi semasa sebanyak 41 kerusi.


"Komposisi melibatkan GRS sebanyak 29 kerusi, Bebas (lima), UPKO (tiga) Pakatan Harapan (PH) dan KDM masing-masing satu kerusi, selain mendapat sokongan daripada STAR sebanyak dua kerusi.


"Selain itu, kedudukan kerajaan akan bertambah kukuh dengan pelantikan enam enam Ahli Dewan Undangan Sabah Dilantik, sekali gus memastikan kestabilan pentadbiran negeri di Dewan Undangan (DUN) Sabah," menurut kenyataan itu.


Tambah kenyataan itu, komposisi wakil rakyat dalam kerajaan GRS Plus pada ketika ini adalah kukuh, stabil dan mencukupi untuk meneruskan agenda pembangunan negeri tanpa memerlukan sebarang penambahan daripada pihak yang telah ditolak oleh rakyat.


Jelasnya, rakyat Sabah telah memberikan isyarat yang jelas dengan menolak BN daripada berada dalam kerajaan negeri, dan sebarang cubaan untuk menafikan kehendak rakyat disifatkan tidak wajar.


"Pengalaman lalu perlu dijadikan pengajaran. Langkah-langkah sumbang politik yang berlaku pada tahun 2023, yang turut digerakkan oleh BN, tidak seharusnya berulang kerana ia telah menggugat kestabilan politik dan keyakinan rakyat.


"Tambahan pula, BN sendiri secara terbuka sebelum ini enggan bekerjasama dengan GRS, malah telah melancarkan serangan politik yang luar biasa terhadap GRS serta kepimpinan Ketua Menteri,” menurut kenyataan itu lagi.


Justeru, katanya adalah tidak wajar bagi BN untuk tampil dengan tuntutan untuk disertakan dalam kerajaan.


Pemuda Gagasan Rakyat turut menegaskan bahawa fokus utama kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik, memperkukuh pentadbiran serta mempercepatkan agenda pembangunan, bukannya melayani percaturan politik yang tidak berlandaskan mandat rakyat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page