top of page

Penamaan calon PRU Sabah ke-17 ditetapkan pada 15 November

  • nabalunews
  • Nov 14
  • 1 min read

ree

14 November 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 15 November ini (Sabtu).


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, penyerahan kertas penamaan calon akan berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi di 25 pusat penamaan calon seluruh negeri.


Kenyataan itu menjelaskan bahawa dokumen penamaan boleh dihantar oleh calon, pencadang dan penyokong; mana-mana dua daripada mereka; atau mana-mana seorang daripada mereka.


SPR turut menyarankan bakal calon membuat semakan awal borang, berurusan dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum hari penamaan, serta menyelesaikan bayaran deposit lebih awal. Resit deposit perlu dibawa pada hari penamaan.


Bagi calon parti politik, SPR mengingatkan bahawa surat kebenaran penggunaan simbol parti wajib dikemukakan ketika menyerahkan kertas penamaan calon.


Menurut kenyataan itu lagi, calon yang telah membayar deposit bahan kempen tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. SPR menyeru semua calon dan parti mematuhi peraturan dan arahan SPR, PBT dan PDRM bagi memastikan proses berjalan teratur.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page