top of page

Penduduk Jalan Segama, Lahad Datu dikejutkan dengan kejadian puting beliung

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read

15 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


LAHAD DATU: Penduduk di Jalan Segama, Lahad Datu hari ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung di kawasan Batu 1, Jalan Segama pada jam 2 petang.


Difahamkan kejadian tersebut telah menyebabkan beberapa bumbung bangunan diterbangkan disebabkan oleh angin kuat.


Detik-detik tersebut itu telah dirakam oleh orang awam di dalam satu klip video berdurasi 22 saat dan telah tular di media sosial.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Encik Sumsoa Rashid, mengesahkan bahawa sehingga pukul 3.30 petang, pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan dengan kejadian ribut taufan tersebut.


Penduduk setempat diingatkan untuk berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya dalam menghadapi cuaca buruk yang mungkin berterusan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page