Penduduk Kampung Piasau gotong-royong membersihkan kuburan

29 Oktober 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Amalan bergotong-royong diteruskan para penduduk Kg. Piasau dengan membersihkan kawasan perkuburan di kampung tersebut pada Sabtu lalu.
Aktiviti gotong-royong perdana ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Piasau yang diketuai oleh Jolyhame Saran.
Program itu dirasmikan oleh PPM Kadamaian, Saikom Watis yang turut menyertai gotong-royong itu bersama penduduk kampung.

Menurut beliau, aktiviti ini penting untuk menjaga kebersihan dan kesucian kawasan kuburan yang merupakan “rumah” terakhir bagi ahli keluarga dan saudara-mara mereka.
Pembersihan kuburan melibatkan tiga lokasi iaitu Kuburan Kagayaan Piasau, Kuburan Paka Kg. Piasau dan Perkuburan Kg. Dimala Piasau.
Pengerusi JKKK Kg. Piasau, Jolyhame Saran mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini dan berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan secara berkala untuk meningkatkan kebersihan dan keindahan kampung mereka.
Comments