Penduduk Kg Bongol gotong royong bersihkan tanah perkuburan
- nabalunews
- Nov 28, 2024
- 1 min read

28 November 2024
KOTA BELUD: Setiap kali menjelang Krismas, sudah menjadi budaya penduduk Kampung Bongol untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan tanah perkuburan di kampung mereka menerusi program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Aktiviti gotong-royong ini diketuai oleh pengerusi KRT Kampung Bongol, Jubilin Dorisa.
Antara aktiviti dilakukan ialah membersihkan dan meracun rumput di kawasan tanah perkuburan yang telah
dihadiri 15 orang penduduk kampung.
Kampung Bongol yang terletak 7 kilometer dari pekan Kota Belud mempunyai 150 penduduk dan 30 buah rumah.
Aktiviti gotong royong ini dilaksanakan penduduk sebanyak 3 kali dalam setahun menggunakan dana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bongol atau tabung Persatuan Penduduk Kampung Bongol (PPKB) untuk membeli racun dan peralatan lain.
Program ini dihadiri Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N11 Kadamaian, Juin Kolod.
Comentários