top of page

Penduduk Kg. Gansurai bersatu hati adakan Gotong-Royong Madani 2023

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 18, 2023
  • 1 min read

14 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan dan kemudahan di kampung mereka, penduduk kampung Gansurai mengambil inisiatif mengadakan Gotong-Royong madani pada tahun ini.


Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyelenggara jalan utama menghubungkan kampung dengan Pekan Kota Belud, membersihkan kawasan tanah perkuburan dan dewan serbaguna, serta membaik pulih rumah pastor SIB di kampung tersebut.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (Jkkk) kg. Gansurai, Persatuan Pelancongan, dan Ketua Rukun Tetangga (KRT) kg. Gansurai, dengan kerjasama enam zon KRT yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.


Turut hadir dalam program ini ialah Anichlose Kesimin, pemaju mukim DUN Kadamaian, mewakili Pejabat Unit Perancang Penyelaras Menteri (UPPM) dan Pejabat Khidmat Adun N.11 Kadamaian.

Pengerusi JKKK Kg. Gansurai, Vodzanik Sidin merakamkan penghargaan kepada semua penduduk kampung yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.


"Saya amat bangga dan terharu melihat semangat dan kebersamaan semua komuniti kampung yang telah bersama-sama melaksanakan aktiviti ini.

"Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini, yang bukan sahaja memberikan faedah kepada komuniti kampung, tetapi memperkukuhkan hubungan, keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti," katanya.


Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, serta Pejabat UPPM dan Adun Kadamaian, atas sokongan dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page