top of page
Wartawan Nabalu News

Penduduk Kg. Mandap Doluoh adakan gotong royong baiki jambatan gantung


Penduduk kampung bergotong-royong membaiki jambatan gantung kampung itu.


14 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Penduduk Kampung Mandap Doluoh hari ini mengadakan gotong-royong bagi menyelenggara jambatan gantung kampung itu bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jambatan berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick telah menyampaikan sumbangan untuk tujuan itu semasa program turun padang beliau di Mukim Kinasaraban pada bulan lalu.

Jambatan gantung Kg.Mandap Doluoh selepas siap diselenggara.

Program gotong-royong itu dikendalikan oleh Ketua Cawangan UPKO kampung itu Lucy Bolong.

Turut hadir pada program itu Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Carlye Lajimin dan pegawai-pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Dr.Rizoh Bosorang, Joel Deukin dan Anichlose Kesimin bagi mewakili Ewon.


Penduduk kampung merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau menyediakan peruntukan membaiki jambatan gantung kampung itu.


Program gotong-royong itu adalah inisiatif penduduk Kampung Mandap Doluoh bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jambatan berkenaan.



Comments


bottom of page