top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk minta SESB alihkan tiang elektrik tumbang di Kg.Tagibang



17 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Penduduk Kampung Tagibang meminta pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengambil tindakan segera mengalihkan tiang kabel elektrik yang tumbang dan menghempap Rumah Kebudayaan di kampung itu.


Jurucakap penduduk kampung Edin Dambilang berkata, ia menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kampung itu sejak tiang elektrik berkenaan tumbang semasa banjir awal bulan ini.


"Kami telah membuat aduan kepada pihak SESB dan juga Wakil Rakyat kawasan kami pada minggu lepas tetapi sehingga kini tiada tindakan.



"Beberapa tiang elektrik tumbang semasa banjir. Salah satunya tumbang dan wayar elektrik berkenaan menghempap rumah kebudayaan dan yang lain tumbang di tengah-tengah sungai.


“Berdasarkan jawapan SESB, aduan kami dimajukan ke Bahagian Teknikal untuk tindakan lanjut tetapi sehingga kini tiada wakil SESB datang ke kampung untuk membantu kami,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.



Edin berkata, akibat beberapa tiang elektrik tumbang, kampung itu mengalami gangguan bekalan elektrik sehingga kini.


“Saya berharap pihak SESB dapat mengambil tindakan segera membantu kami mengalihkan tiang elektrik yang menghempap Rumah Kebudayaan sebelum rumah itu roboh,” katanya.



תגובות


bottom of page