top of page

Pengadil SAFA Daerah Kota Belud terima sumbangan touchpoint

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

21 Julai 2025


KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Juin Kolod dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, hari ini menyerahkan sumbangan Touch Point bagi pihak Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian.


Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan bagi pembelian pakaian dan stokin khas untuk kegunaan para pengadil Persatuan Bola Sepak Daerah Kota Belud (SAFA Kota Belud), sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan di peringkat akar umbi, khususnya dalam aspek pengadilan perlawanan.


Majlis penyerahan telah diadakan di Pejabat ADUN Kadamaian dan disampaikan kepada wakil penerima, Mujik KK Rasit, yang mewakili kumpulan pengadil SAFA Kota Belud.


Beliau merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan berterusan yang diberikan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan.


Menurut Juin, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Ewon untuk membantu komuniti setempat serta memartabatkan sukan di peringkat daerah. Beliau turut berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat dan meningkatkan tahap profesionalisme para pengadil dalam melaksanakan tugas mereka di padang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page