top of page

Pengedar dadah warga asing ditahan

  • nabalunews
  • Feb 22
  • 1 min read

22 Februari 2025


PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki menjalankan aktiviti pengedaran ditahan dadah dalam operasi di daerah ini, semalam.


Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, suspek ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya, ketika ditahan, pasukan operasi turut menemui dadah di dalam simpanan suspek yang dipercayai cuba dijual kepada pembeli.


“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 5.49 gram dalam simpanan suspek.


“Nilai dadah syabu yang dirampas dianggarkan berjumlah RM850,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.


“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.


“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Sammy berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page