top of page

Pengedar Syabu Ditahan

  • nabalunews
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 November 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran syabu dalam operasi di daerah ini, Isnin lalu.


Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pihak polis berjaya merampas tujuh paket dadah yang dianggarkan bernilai RM17,000.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui tujuh paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.


Katanya, semua dadah berkenaan dianggarkan seberat 552.60 gram yang dianggarkan bernilai RM17,000 berdasarkan harga pasaran semasa.


“Hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang sari 12 sebatan.


Sehubungan itu, Sammy menyarankan masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti penagihan dan pengedaran najis dadah.


Katanya, masyarakat juga dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak polis sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page