top of page

Pengerusi YPNM Sabah bertemu Ewon bincang isu keusahawanan, kepenggunaan di Sabah

nabalunews

27 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan daripada Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah, David Chan, baru-baru ini untuk membincangkan isu-isu keusahawanan dan kepenggunaan di Sabah.


Dalam pertemuan tersebut, Ewon menyatakan komitmen kementeriannya untuk terus menyokong usahawan, khususnya yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah.


Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak RM730 juta bantuan kewangan telah disalurkan kepada para usahawan di negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


David Chan mengucapkan penghargaan atas usaha kerajaan dalam membantu komuniti usahawan yang memerlukan.


"Kami sangat berterima kasih atas bantuan kewangan yang diberikan. Kami juga menyeru kepada para usahawan yang layak mendapatkan bantuan seumpamanya agar mengambil peluang ini," katanya, lapor Utusan Borneo.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang turut memberi jaminan bahawa kementeriannya akan terus memastikan hak pengguna dipelihara dan persekitaran perniagaan kekal kondusif untuk pertumbuhan.


YPNM juga komited untuk mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan persekutuan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan perniagaan dengan lebih berkesan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page