Pengumuman Khas PMX petunjuk asas ekonomi Malaysia kukuh
- nabalunews
- Jul 23, 2025
- 1 min read

23 Julai 2025
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melihat Pengumuman Khas oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meringankan kos sara hidup rakyat sebagai petunjuk
kepada asas ekonomi negara yang kukuh di bawah Kerajaan Madani.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif berteraskan rakyat tersebut kerana ia bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.
“Ia menunjukkan bahawa Perdana Menteri benar-benar mengambil berat terhadap
kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hajiji berkata bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas bagi membeli barangan asas di 4,100 premis perniagaan, serta peluasan jualan Rahmah Madani ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, merupakan berita baik kepada rakyat.
Beliau turut menyambut baik penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui inisiatif subsidi bersasar, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta
rakyat Malaysia, sebagai satu langkah yang menepati aspirasi rakyat.
“Pengisytiharan hari sebelum Hari Malaysia (15 September) sebagai cuti umum merupakan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap kepentingan hari istimewa ini untuk seluruh negara,” katanya.


















Comments