top of page

Penjawat Awam Disyaki Kemuka Dokumen Palsu Bernilai RM1.3 Juta

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

21 April 2026


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah.


“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pengarah syarikat sebuah syarikat pembinaan disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024.


“Suspek dipercayai mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di sebuah pejabat polis di negeri ini bagi tempoh Februari 2025 hingga Januari 2027," katanya.


Menurutnya, suspek turut menggunakan beberapa syarikat lain dengan modus operandi yang sama untuk mendapatkan beberapa kontrak kerja lain di beberapa agensi kerajaan sekitar Sabah.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menegaskan, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page