top of page

Penunggang Motosikal Maut Tersepit Bawah Lori

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

25 Mei 2025


KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilaporkan tersepit di bawah lori kontena dalam kejadian kemalangan di Jalan 7, KKIP Timur, di sini, hari ini.


Mangsa, Basir Munip Hamid, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Timbalan Penguasa Bomba II, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.12 pagi.


"Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori kontena 10 tan dan sebuah motosikal jenis SYM E Bonus 110.


"Penunggang motosikal dilaporkan tersepit di bawah lori berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.37 tengah hari," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page