Penyertaan D’ADVENTURE OF KOPUNGIT TRAIL masih dibuka sehingga 25 Jun

23 Jun 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Orang ramai masih berpeluang untuk menyertai D’ADVENTURE OF KOPUNGIT TRAIL 2023 sehingga 25 Jun ini.
Pengerusi Penganjur Puan Ellyster Saringan berkata D'Adventure of Kopungit Trail adalah satu pertandingan berkonsepkan hiking (berjalan kaki) sejauh 5 km yang akan diadakan pada 15 Julai ini bermula dan berakhir di kaasan letak kereta Blok D, Kampung Kopungit bermula jam 6 pagi.
Aktiviti yang bertujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat adalah anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan
dengan kerjasama beberapa NGO iaitu Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah), Persatuan Pelancongan Kampung Kopungit (Kopungit), Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit (Bambarayon), Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nuluh Kopungit (Pekebun), Pertubuhan Orang Asal Sabah (POAS), Ketua Kampung dan JPKKK Kg Kopungit, serta sokongan padu daripada doktor, Matron dan kakitangan Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan.
"Pertandingan ini hanya satu kategori, peserta berpeluang memenangi hadiah pertama RM500, kedua RM300, ketiga RM200 dan tempat keempat hingga ke 20 RM100 tunai.
"Bagi acara cabutan Tiket bertuah hadiah utama RM1,000.00, kedua RM800.00 dan Ketiga RM600.00 tunai serta pelbagai barangan elektrik, sukan, beras dan hamper ada disediakan, Selain itu peserta dan pengunjung, juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma.
"Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja sama ada syarikat dan Individu seperti, syarikat K2, Kumpulan BTC berhad, green Buddy, eGloria Enterprise, Geron and Garden, DC Art dan Bart Agency," kata Ellyster.
Yuran penyertaan hanya RM70, dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Ellyster 016-8377297, Puan Jenny 01140500262 dan Puan Molly 0194057674.
Comments