top of page

Perjuangan lawan rasuah asas pulih integriti, bina kepercayaan rakyat – Anwar

  • nabalunews
  • Jul 16, 2025
  • 1 min read

16 Julai 2025


PUTRAJAYA: Perjuangan menentang rasuah adalah mutlak dan menjadi asas penting dalam usaha memulihkan integriti, melindungi kepentingan awam serta membina semula kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjuangan ini bukanlah satu tugas yang mudah, khususnya apabila ia melibatkan golongan elit dan berkuasa.


“Namun, ia merupakan tanggungjawab bersama yang menuntut keberanian, kesatuan, dan pendirian tegas demi keadilan dan ketelusan,” katanya ketika berucap pada International Conference On Governance And Integrity 2025 di sini, semalam.


Menurut Anwar, Malaysia turut menyasarkan kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033 melalui pelaksanaan Strategi Anti-Rasuah Nasional (NACS) secara menyeluruh dan berstruktur.


Beliau berkata, Malaysia kini memegang jawatan Presiden Perhimpunan International Anti-Corruption Academy (IACA) buat kali pertama, sekali gus memberi peluang kepada negara untuk memimpin usaha antirasuah di peringkat antarabangsa.


“Kita bertekad untuk memimpin dengan teladan dalam memperkukuh tadbir urus serta memperhebatkan gerakan antirasuah secara global,” jelasnya.


Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 kekal komited terhadap pertumbuhan inklusif dan lestari yang didorong oleh tadbir urus yang baik serta ekonomi yang dinamik untuk semua lapisan masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page