top of page

Perjumpaan Persatuan Pesawah Kampung Piasau Bincang Isu Kebajikan dan Sistem Pengairan Sawah

  • nabalunews
  • Mar 7
  • 1 min read

Oleh: Kidd


7 Mac 2026


KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, telah menghadiri perjumpaan Persatuan Pesawah bersama para pesawah, Ketua Kampung, serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Piasau. Majlis tersebut diadakan di Dewan Serbaguna kampung berkenaan.


Kehadiran beliau adalah atas jemputan pihak penganjur sebagai wakil Pejabat ADUN Kadamaian, bertujuan untuk mendengar secara langsung pandangan, cadangan, dan maklum balas daripada para pesawah berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh komuniti pesawah di kawasan tersebut.


Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah isu kebajikan pesawah serta keadaan sistem pengairan sawah di Kampung Piasau, yang memerlukan perhatian serius bagi memastikan aktiviti penanaman padi dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.

Persatuan Pesawah Kampung Piasau turut mengucapkan penghargaan atas kehadiran pihak Pejabat ADUN Kadamaian ke majlis tersebut. Kehadiran ini membuka ruang kepada para pesawah untuk berkongsi pandangan, mendapatkan maklum balas, serta pandangan daripada wakil ADUN demi kepentingan bersama komuniti setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page