Perobohan jejantas: Jalan Tuaran ditutup sementara mulai 31 Januari
- nabalunews
- 49 minutes ago
- 1 min read

25 Januari 2026
KOTA KINABALU: Pengguna kenderaan bagi laluan Tuaran – Kota Kinabalu dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif susulan penutupan sementara di Jalan Tuaran selama tiga hari bermula 31 Januari ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata penutupan jalan berkenaan adalah bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perobohan jejantas pejalan kaki sedia ada di hadapan Likas Vue.
“Adalah dimaklumkan bahawa penutupan jalan sementara di Jalan Tuaran akan dilaksanakan pada 31 Januari sehingga 2 Februari 2026 pada jam 10 malam hingga 4.30 pagi.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan lalu lintas yang dipasang di kawasan terlibat,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan jejantas pejalan kaki itu akan dirobohkan berikutan struktur binaannya yang uzur dan tidak lagi selamat digunakan.
Ia dilaporkan sebagai berpotensi menimbulkan risiko keselamatan serius khususnya kepada pelajar sekolah dan pengguna jalan raya yang menggunakan Jalan Tuaran Likas setiap hari.














